Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 21 November 2010

Kampung Halamanku


Mencari sejenis Ulat yang digelar " Butod "

Kalau anda pergi ke sebuah Kampung yang bernama Kg.Binuvang di daerah Membakut negeri Sabah,
rata - rata penduduknya pandai makan Butod dengan cara masakan mereka yang tersendiri.

Menurut sumber berita dari Muzium Sabah :-

Muzium Sabah- Memakan ulat kayu atau lebih dikenali sebagai butot dalam bahasa Kadazandusun di Sabah memang menggelikan.
Namun, ia bukanlah satu yang asing apabila anda mengunjungi program Kraf Eksotika di Kampung Warisan, Muzium Sabah di sini baru-baru ini.
Malah, butot goreng amat digemari dan popular di kalangan pelancong luar negara selain golongan tua tempatan ke Kampung Warisan.
Selain dipelawa untuk mencuba makan butot, pengunjung juga dapat menyaksikan demonstrasi menyediakan hidangan ini oleh pengendali yang berpengalaman.
Butot adalah ulat kayu yang memakan kanji rumbia. Oleh itu ulat ini tidak kotor cuma perlu dibersihkan sebelum digoreng.
Ketika memakan hidangan itu, pengunjung sudah dapat merasai cita rasa masyarakat asli Sabah yang masih dipraktikkan pada masa kini.
Tidak dinafikan sebahagian besar generasi muda tempatan was-was untuk mencuba makan butot berbanding pengunjung luar kerana geli.
Pengarah Muzium Sabah, Datuk Joseph Guntavid berkata, negeri ini amat bertuah kerana memiliki warisan budaya yang kekal hingga ke hari ini.
''Kita perlu terus memperkenalkan acara makan butot ini kerana pada suatu ketika ia hampir pupus. Zaman sekarang, memakan butot dianggap eksotik," katanya kepada Utusan Malaysia.

"Butod Goreng Berbawang........


Butod ->  Bingngok ->  Linggaaong